Jumaat, 17 Januari 2014

Sambutan Maulidurrasul S.A.W

SK KAMPUNG BELUKAR, 17 JAN 2014 - Bersempena dengan Sambutan Maulidurrasul yang disambut di seluruh negara pada 12 Rabi'ul Awal 1435H (14 Jan 2014) baru-baru ini, Panitia Pendidikan Islam dan Unit Bina Insan SKKB bekerjasama menganjurkan Majlis Sambutan Maulidurrasul S.A.W peringkat sekolah. Majlis  dimulakan dengan alunan asma ul husna dan diikuti selawat ke atas junjungan Nabi s.a.w beramai-ramai.
Pengisian sambutan Maulidurrasul pada tahun ini diisi dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Khafizan bin Bahar. Selain itu para hadirin turut dihiburkan dengan beberapa persembahan oleh murid-murid seperti nasyid dan sajak. Majlis sambutan maulidurrasul kali ini diakhiri dengan penyampaian hadiah untuk beberapa pertandingan seperti pertandingan tulisan khat dan mewarna. Pertandingan ini telah dijalankan lebih awal iaitu seminggu sebelum sambutan maulidurrasul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan