Jumaat, 28 Februari 2014

Kem Bestari Solat (KBS) Siri 1 2014

Pada 15 Februari 2014 yang lalu, Panitia Agama Islam SK Kampung Belukar telah menganjurkan KBS Siri 1 bagi tahun 2014 ini. Seperti kebiasaannya, KBS kali ini turut dibantu oleh hampir kesemua guru SKKB yang terlibat sebagai fasilitator.
Pihak Panitia Agama Islam mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan KBS pada kali ini.













Jumaat, 17 Januari 2014

Sambutan Maulidurrasul S.A.W

SK KAMPUNG BELUKAR, 17 JAN 2014 - Bersempena dengan Sambutan Maulidurrasul yang disambut di seluruh negara pada 12 Rabi'ul Awal 1435H (14 Jan 2014) baru-baru ini, Panitia Pendidikan Islam dan Unit Bina Insan SKKB bekerjasama menganjurkan Majlis Sambutan Maulidurrasul S.A.W peringkat sekolah. Majlis  dimulakan dengan alunan asma ul husna dan diikuti selawat ke atas junjungan Nabi s.a.w beramai-ramai.
Pengisian sambutan Maulidurrasul pada tahun ini diisi dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Khafizan bin Bahar. Selain itu para hadirin turut dihiburkan dengan beberapa persembahan oleh murid-murid seperti nasyid dan sajak. Majlis sambutan maulidurrasul kali ini diakhiri dengan penyampaian hadiah untuk beberapa pertandingan seperti pertandingan tulisan khat dan mewarna. Pertandingan ini telah dijalankan lebih awal iaitu seminggu sebelum sambutan maulidurrasul.