Jumaat, 28 Februari 2014

Kem Bestari Solat (KBS) Siri 1 2014

Pada 15 Februari 2014 yang lalu, Panitia Agama Islam SK Kampung Belukar telah menganjurkan KBS Siri 1 bagi tahun 2014 ini. Seperti kebiasaannya, KBS kali ini turut dibantu oleh hampir kesemua guru SKKB yang terlibat sebagai fasilitator.
Pihak Panitia Agama Islam mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan KBS pada kali ini.













Jumaat, 17 Januari 2014

Sambutan Maulidurrasul S.A.W

SK KAMPUNG BELUKAR, 17 JAN 2014 - Bersempena dengan Sambutan Maulidurrasul yang disambut di seluruh negara pada 12 Rabi'ul Awal 1435H (14 Jan 2014) baru-baru ini, Panitia Pendidikan Islam dan Unit Bina Insan SKKB bekerjasama menganjurkan Majlis Sambutan Maulidurrasul S.A.W peringkat sekolah. Majlis  dimulakan dengan alunan asma ul husna dan diikuti selawat ke atas junjungan Nabi s.a.w beramai-ramai.
Pengisian sambutan Maulidurrasul pada tahun ini diisi dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Khafizan bin Bahar. Selain itu para hadirin turut dihiburkan dengan beberapa persembahan oleh murid-murid seperti nasyid dan sajak. Majlis sambutan maulidurrasul kali ini diakhiri dengan penyampaian hadiah untuk beberapa pertandingan seperti pertandingan tulisan khat dan mewarna. Pertandingan ini telah dijalankan lebih awal iaitu seminggu sebelum sambutan maulidurrasul.

Jumaat, 2 Ogos 2013

Tawaran Kemasukan ke Prasekolah SKKB 2014

Kepada semua ibubapa yang tinggal di sekitar SK Kampung Belukar, dengan ini dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah membuka pendaftaran kemasukan murid-murid  Prasekolah SK Kampung Belukar bagi sesi 2014. Pendaftaran ini dibuka kepada anak-anak yang lahir pada tahun 2008 dan 2009. Pendaftaran dibuka bermula 1 Ogos 2013 hingga 31 Ogos 2013. Sila dapatkan borang pendaftaran di pejabat sekolah pada waktu pejabat.

Sabtu, 27 Julai 2013

Pengesahan Kemasukan Murid-murid Tahun 1 Tahun 2014


Perhatian kepada semua ibubapa/penjaga yang telah mendaftarkan anak-anak untuk memasuki Tahun 1 pada tahun 2014 nanti di SK ampung Belukar, tuan/puan dikehendaki membuat pengesahan pendaftaran tersebut bermula 1 Ogos hingga 30 Ogos 2013. Sila bawa bersama Sijil Kelahiran anak anda yang asal untuk tujuan pengesahan tersebut. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pihak sekolah di talian 09-5361249. Kerjasama tuan/puan sangat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Rabu, 10 Julai 2013

Selamat Berpuasa


Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Marilah sama-sama kita meningkatkan amal kebajikan dibulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini.