Sabtu, 25 Mei 2013

PERTANDINGAN MEMBINA HALAMAN BLOG SKKB

Assalamu'alaikum...


Unit ICT SK Kampung Belukar sedang melaksanakan Pertandingan Membina Halaman Blog (bukan bina blog ye..tak sama tu..) bagi melengkapkan Blog SK Kampung Belukar (SKKB) ini dengan maklumat-maklumat yang berkaitan SKKB. Berikut adalah syarat-syarat pertandingan untuk rujukan semua :


Syarat-syarat pertandingan

1.  Penyertaan terbuka kepada semua panitia, unit-unit khas kurikulum, Pendidikan Khas dan Prasekolah SK Kampung Belukar.
2.  Setiap penyertaan perlu menghantar 4 orang peserta yang terlibat secara langsung dalam pembinaan halaman blog masing-masing.
3.  Hakim-hakim yang telah dilantik tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
4.  Halaman blog yang dicipta boleh menggunakan tapak blog SK Kampung Belukar di alamat     http://skkgbelukar.blogspot.com
5.  Setiap laman blog perlu mempunyai maklumat-maklumat berikut :
a.  Carta Organisasi
b.  Misi dan Visi
c.   Senarai nama guru panitia / unit
d.  Takwim 2013
e.  Laporan bergambar bagi program-program yang telah dijalankan.
6.  Setiap laman blog akan dihakimi berdasarkan ciri-ciri berikut :
a.  Kandungan blog = 50 markah
b.  Kekemasan Susun Atur = 20 markah
c.   Daya Kreativiti = 20 markah
d.  Maklumat tambahan yang bersesuaian = 10 markah
7.  Tempoh untuk membina laman blog bermula 20 April 2013 hingga 10 Jun 2013.
8.  Laman-laman blog yang telah dibina akan dinilai bermula 11 Jun 2013 hingga 12 Jun 2013.