Unit ICT SK Kampung Belukar sedang melaksanakan Pertandingan Membina Halaman Blog (
Syarat-syarat pertandingan
1. Penyertaan terbuka kepada semua panitia,
unit-unit khas kurikulum, Pendidikan Khas dan Prasekolah SK Kampung Belukar.
2. Setiap penyertaan perlu menghantar 4 orang
peserta yang terlibat secara langsung dalam pembinaan halaman blog masing-masing.
3. Hakim-hakim yang telah dilantik tidak
dibenarkan menyertai pertandingan ini.
4. Halaman blog yang dicipta boleh menggunakan
tapak blog SK Kampung Belukar di alamat http://skkgbelukar.blogspot.com
5. Setiap laman blog perlu mempunyai
maklumat-maklumat berikut :
a. Carta Organisasi
b. Misi dan Visi
c. Senarai nama guru panitia / unit
d. Takwim 2013
e. Laporan bergambar bagi program-program yang
telah dijalankan.
6. Setiap laman blog akan dihakimi berdasarkan
ciri-ciri berikut :
a. Kandungan blog = 50 markah
b. Kekemasan Susun Atur = 20 markah
c. Daya Kreativiti = 20 markah
d. Maklumat tambahan yang bersesuaian = 10
markah
7. Tempoh untuk membina laman blog bermula 20
April 2013 hingga 10 Jun 2013.
8. Laman-laman blog yang telah dibina akan
dinilai bermula 11 Jun 2013 hingga 12 Jun 2013.